Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan

Filem Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan[3], dikenali di Jepun sebagai Pokémon the Movie XY&Z: Volcanion and the Exquisite Magearna (ポケモン・ザ・ムービーXY&Z ボルケニオンと機巧のマギアナ, Pokemon Za Mūbī Ekkusu, Wai ando Zetto: Borukenion to Karakuri no Magiana) ialah sebuah anime pengembaraan Jepun 2016 dan filem ke-19 dalam siri filem Pokémon yang dihasilkan oleh OLM, dan juga merupakan filem ketiga dan terahkir dalam siri XY. Ia diarahkan oleh Kunihiko Yuyama dan ditulis oleh Atsuhiro Tomioka.[4] Filem ini membintangi suara Rica Matsumoto, Ikue Ōtani, Mayuki Makiguchi, Yūki Kaji, Mariya Ise, Megumi Hayashibara, Shin-ichiro Miki, Inuko Inuyama, Somegoro Ichikawa, Yuka Terasaki, Kōichi Yamadera, Mayu Matsuoka, dan Shoko Nakagawa. Filem ini menumpukan kepada Ahli Majlis Alva dari Kerajaan Azoth, yang mencuri "Soul-Heart" dari Pokémon artifak Magearna untuk menyalur kuasa dan mengawal sebuah kubu terbang dalam kerajaan itu. Pokémon Mitos Volcanion bersekutu dengan Pelatih Pokémon Ash Ketchum dan rakannya, Pikachu, Serena, Clemont, dan Bonnie untuk mengambil Soul-Heart Magearna.Ia dikeluarkan di Jepun pada 16 Julai 2016. Di Amerika Syarikat, ia disiarkan di Disney XD pada 5 Disember 2016,[5]. Di Malaysia, disiarkan di pawagam pada 10 November 2016 dan menggunakan versi Jepun untuk versi alih suara Bahasa Melayu tetapi menggunakan nama dari versi Bahasa Inggeris.[6] Ia juga disiarkan di Astro First. [7]

Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan

Bahasa Bahasa Jepun
Berdasarkan Pokémon oleh
Disunting oleh Toshio Henmi
Muzik oleh Shinji Miyazaki
Lakon layar oleh Atsuhiro Tomioka
Pengarah Kunihiko Yuyama
Penerbit Satoshi Shimohira
Susumu Matsuyama
Kenichi Arai
Pecah panggung Jepun:
¥2.15 bilion[1] (AS$20.2 million)[2]
Overseas:
$5,871,077
Mula ditayangkan 16 Julai 2016 (2016-07-16) (Jepun)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Aya Aoshima
Tempoh tayangan 95 minit
Dibintangi oleh lihat dibawah
Negara Jepun
Pengedar Toho

Rujukan

WikiPedia: Pokémon: Volcanion dan Magearna Mekanikal yang Mengagumkan http://www.pokemon.com/us/pokemon-news/pokemon-mov... http://www.thebitbag.com/teasers-released-19th-pok... http://www.worldofkj.com/forum/viewtopic.php?f=12&... http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?se... http://www.eiren.org/boxoffice_e/2016.html https://www.facebook.com/watch/?v=1057246857738171 https://my.portal-pokemon.com/movie/ https://web.archive.org/web/20170519024702/https:/... https://web.archive.org/web/20170706015711/http://...